Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
Pusat Latihan Kemahiran TVET bertauliah yang menawarkan program latihan industri, Sijil Kemahiran & kursus pendek. Melahirkan tenaga mahir, berdaya saing dan diiktiraf.
Program Kecantikan Estetik memberikan latihan dalam penjagaan kulit, rawatan wajah, asas dermatologi, penggunaan peralatan estetik, teknik spa serta penjagaan diri. Pelajar belajar melakukan rawatan kecantikan dengan kaedah yang selamat, profesional dan mengikut standard industri. Program ini melahirkan tenaga mahir dalam perkhidmatan kecantikan dan estetika moden.
Program ini memberi pendedahan dan latihan dalam penghasilan reka bentuk visual menggunakan perisian digital. Pelajar akan belajar cara menghasilkan grafik seperti poster, logo, banner, media sosial, bahan promosi dan lain-lain menggunakan prinsip rekabentuk yang betul seperti warna, tipografi, komposisi dan kreativiti. Latihan turut merangkumi penggunaan perisian rekabentuk grafik, pengurusan fail digital serta keperluan asas industri kreatif supaya pelajar mampu menghasilkan hasil kerja yang kemas, menarik dan profesional.