Jawapan kepada pertanyaan yang sering diajukan oleh pelajar dan ibu bapa.
???
SKM ialah sijil kemahiran yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia. Sijil ini terdiri daripada:
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
Persijilan Kemahiran Malaysia boleh diperoleh melalui tiga kaedah, iaitu Sistem Latihan Pusat Bertauliah (SLaPB), Akademi Dalam Industri (ADI), dan Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). SLaPB melibatkan latihan di pusat bertauliah JPK, ADI menggabungkan latihan di industri dan institusi kemahiran, manakala PPT membolehkan calon mendapatkan persijilan melalui pengalaman kerja atau latihan terdahulu berdasarkan bukti keterampilan yang dinilai dan disahkan.
Pusat Bertauliah (PB) ialah institusi latihan yang telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menjalankan program latihan kemahiran serta mengeluarkan persijilan SKM.
Persijilan Kemahiran Malaysia diiktiraf oleh industri di Malaysia, menyediakan laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan berasaskan kelayakan akademik, serta membantu melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk meningkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Antara syarat asas ialah boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, serta mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama. Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan syarat tambahan kepada pelatih mereka.
SKM lebih fokus kepada latihan praktikal dan kemahiran kerja sebenar, manakala diploma akademik lebih menekankan teori serta pembelajaran dalam kelas.
Ya. Hari ini industri lebih memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi berbanding hanya kelulusan teori semata-mata. Ramai graduan TVET berjaya menjadi tenaga pakar, penyelia, usahawan dan pengurus industri.
TVET menjadi antara sektor utama pembangunan ekonomi negara untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh industri tempatan dan antarabangsa.
Tidak. TVET sesuai untuk pelajar yang mempunyai bakat praktikal, kemahiran teknikal, kreativiti dan minat hands-on. Ramai pelajar cemerlang juga memilih laluan TVET kerana peluang kerjaya yang luas.
Boleh. Laluan TVET sekarang sangat luas bermula daripada SKM, DKM, DLKM, Diploma dan seterusnya ke Ijazah, bergantung kepada bidang dan syarat institusi.
Program usahasama ialah kerjasama akademik antara UiTM dengan mana-mana IPTS atau institusi pendidikan yang dilantik bagi menawarkan program pengajian yang diiktiraf oleh UiTM.
Kolej tersebut biasanya dipanggil Kolej Usahasama UiTM.
Tidak sepenuhnya. Pelajar belajar di kolej usahasama tetapi mengikuti silibus, peperiksaan dan standard akademik yang ditetapkan oleh UiTM.
Ya, sijil atau diploma yang dianugerahkan diiktiraf tertakluk kepada kelulusan dan akreditasi program.
Ibu bapa disarankan menyemak status program melalui laman rasmi UiTM di https://iceps.uitm.edu.my/ dan pengiktirafan daripada MQA sebelum membuat pendaftaran.
Pelajar lepasan SPM, STPM, diploma atau kelayakan lain yang memenuhi syarat akademik program yang ditawarkan.
Ya, program ini menjadi alternatif untuk pelajar yang masih ingin mengikuti program berasaskan silibus dan standard UiTM.
Kebiasaannya ya, kerana pengurusan dibuat oleh kolej usahasama. Namun jumlah yuran bergantung kepada program dan institusi terlibat.
Bidang yang ditawarkan termasuk perniagaan, teknologi maklumat, perakaunan, hospitaliti, komunikasi dan lain-lain bergantung kepada kolej usahasama.
Antara kelebihannya ialah peluang melanjutkan pelajaran lebih luas, lokasi kampus yang pelbagai dan pembelajaran berasaskan silibus UiTM.
Permohonan boleh dibuat melalui kolej usahasama yang terlibat atau melalui saluran rasmi pengambilan yang ditetapkan.
Kebanyakan pelajar mendapat akses kepada silibus, peperiksaan dan pengiktirafan akademik yang setara mengikut program.
Ya, sesetengah program mewajibkan latihan industri bagi memberi pengalaman kerja sebelum tamat pengajian.
Graduan boleh bekerja dalam sektor kerajaan, swasta atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi bergantung kepada bidang yang diambil.
Ya, tertakluk kepada program yang diluluskan dan struktur kerjasama akademik yang ditetapkan.
Ya, program yang ditawarkan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Malaysian Qualifications Agency (MQA), dan badan profesional berkaitan mengikut kursus yang diambil.
Ya, graduan yang memenuhi syarat dan lulus peperiksaan atau proses pendaftaran badan profesional boleh memohon pekerjaan di hospital kerajaan ataupun swasta.
Ya, program Diploma Kejururawatan didaftarkan dan dipantau sepenuhnya oleh Nursing Board Malaysia (Lembaga Jururawat Malaysia - LJM).
Ya, program berkaitan Pembantu Perubatan tertakluk kepada piawaian Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia bagi memastikan pelatih layak untuk pendaftaran profesional selepas tamat pengajian.
Ya, pelajar akan menjalani latihan klinikal di hospital kerajaan atau fasiliti kesihatan untuk mendapatkan pengalaman praktikal secara langsung.
Ya, pelatih boleh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi tertakluk kepada syarat universiti atau institusi yang dipohon.
Bidang kesihatan mempunyai permintaan yang tinggi, jadi peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta adalah luas.
Ya, kebanyakan pensyarah terdiri daripada tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman akademik dan klinikal dalam bidang masing-masing. Pembelajaran juga lebih berorientasikan industri kerana ramai tenaga pengajar mempunyai pengalaman akademik dan klinikal.
Kolej menyediakan makmal kemahiran klinikal, bilik simulasi, perpustakaan, dan kemudahan pembelajaran yang lengkap seperti Mock Ward, Skill Lab, ICT Lab, Makmal Praktikal, Asrama, Student Centre dan lain-lain untuk menyokong latihan pelatih.
Pelajar boleh memohon PTPTN serta beberapa bantuan penajaan tertentu mengikut syarat semasa.
MURNI memberi penekanan kepada pendidikan kesihatan yang berkualiti, latihan praktikal, disiplin pelajar, dan persediaan kerjaya dalam sektor healthcare. MURNI berada di Bandar Baru Nilai yang dekat dengan KLIA, Putrajaya, kemudahan awam, restoran, dan kawasan yang student-friendly.