No. B2-01, Jalan Teknologi 2/1D, PJU 5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Kolej FutureEdge adalah pintu masuk anda kepada program TVET berasaskan kemahiran yang praktikal. Pendekatan kami yang bersifat hands-on membekalkan anda dengan kepakaran yang diperlukan untuk kerjaya yang tinggi permintaan, memastikan anda bersedia bekerja dari hari pertama
Program Kimpalan melatih pelajar dalam teknik mengimpal struktur logam menggunakan kaedah seperti SMAW, GTAW dan GMAW. Pelajar belajar membaca lukisan teknikal, menyediakan bahan, mengawal mesin kimpal serta mengutamakan keselamatan bengkel. Program ini melahirkan tenaga mahir yang mampu melakukan kerja fabrikasi dan penyambungan logam mengikut standard industri.
Pendaftaran: 19 May 2026
Program Setiausaha Korporat memberi fokus kepada kemahiran pentadbiran korporat, pengurusan dokumen rasmi, pematuhan undang-undang dan prosedur syarikat, serta komunikasi profesional. Pelajar belajar menyokong operasi organisasi, memastikan pentadbiran syarikat teratur dan mematuhi peraturan. Program ini melahirkan tenaga mahir yang cekap, teratur dan beretika dalam urusan korporat.
Program Rangkaian Komputer memberi fokus kepada pemasangan, penyelenggaraan dan pengurusan rangkaian komputer. Pelajar belajar konfigurasi router dan switch, keselamatan rangkaian, troubleshooting serta pengurusan trafik data. Program ini melahirkan tenaga mahir yang mampu memastikan rangkaian beroperasi dengan cekap, selamat dan mengikut piawaian industri.
Program Elektrik memberi fokus kepada kemahiran memasang, menyelenggara dan membaiki sistem pendawaian serta peralatan elektrik. Pelajar akan belajar asas litar elektrik, pendawaian domestik, penggunaan alat pengujian, pematuhan keselamatan dan standard kerja. Program ini melahirkan tenaga mahir yang mampu melakukan kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik dengan selamat dan betul.
Pendaftaran: 11 Apr 2026
Kursus automotif ialah kursus yang memberi pendedahan kepada pelajar tentang penyelenggaraan, pemeriksaan dan pembaikan kenderaan. Pelajar akan belajar secara teori dan praktikal berkaitan enjin, sistem brek, transmisi, elektrik kenderaan, suspensi serta penggunaan peralatan bengkel. Kursus ini sesuai untuk mereka yang minat kerja hands-on, suka kenderaan dan ingin membina kemahiran dalam bidang teknikal. Selepas tamat pengajian, pelajar berpeluang bekerja sebagai juruteknik automotif, mekanik, penasihat servis atau menceburi industri berkaitan kenderaan
Pendaftaran: 18 May 2026
Memberi latihan dalam penyediaan dan pembuatan makanan, termasuk teknik memasak, kebersihan dan keselamatan makanan, kawalan kualiti hidangan serta pengurusan asas operasi dapur. Kursus ini sesuai untuk pelajar yang minat memasak dan ingin bekerja dalam bidang kulinari, katering, restoran atau hotel.
Pendaftaran: 11 Apr 2026
Kursus G452-007-3:2019S Servis Kereta Elektrik & Hibrid (EV) ialah latihan kemahiran untuk melahirkan juruteknik yang mampu melakukan pemeriksaan, diagnosis, servis dan pembaikan bagi kenderaan EV dan hibrid mengikut prosedur bengkel serta piawaian keselamatan voltan tinggi. Peserta akan didedahkan kepada kerja selamat sistem HV, penggunaan alat diagnostik seperti scan tool, serta servis komponen utama seperti bateri dan sistem pengecasan, motor elektrik, inverter/convertor, kabel voltan tinggi dan subsistem sokongan kenderaan. Selepas tamat kursus, peserta lebih bersedia untuk bekerja dalam bidang servis EV/Hybrid di pusat servis atau bengkel automotif, termasuk tugasan diagnostik dan penyelenggaraan sistem utama EV.
Pendaftaran: 18 May 2026