MALAYSIA TECHNICAL SKILL ACADEMY (MTSA) BENTONG
TVET

MALAYSIA TECHNICAL SKILL ACADEMY (MTSA) BENTONG

P2-12 JALAN MEDANG LESTARI TAMAN MEDANG LESTARI 28700 BENTONG, PAHANG

3 Kursus
Senarai Pusat Bertauliah

Mengenai Pusat Bertauliah

Adalah sebuah pusat penyediaan latihan yang memfokuskan kepada bidang kemahiran sebagai teras yang mengikut arus perdana kini. Kami percaya dengan latihan berkualiti tinggi dan kemahiran profesional yang diterapkan oleh para pengajar di kolej MTSA Karak, para pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan jati diri, tetapi juga dapat membangunkan modal insan, samada dalam bidang pendidikan atau bidang pekerjaan. “Kami memberi jaminan masa depan yang lebih baik dengan kemahiran yang lebih baik”!

Senarai Kursus Ditawarkan 3 kursus

KIMPALAN
18 BULAN Kuota: 10 SEPENUH MASA

Program Kimpalan melatih pelajar dalam teknik mengimpal struktur logam menggunakan kaedah seperti SMAW, GTAW dan GMAW. Pelajar belajar membaca lukisan teknikal, menyediakan bahan, mengawal mesin kimpal serta mengutamakan keselamatan bengkel. Program ini melahirkan tenaga mahir yang mampu melakukan kerja fabrikasi dan penyambungan logam mengikut standard industri

OPERASI SENI KULINARI
18 BULAN Kuota: 10 SEPENUH MASA

Program Kulinari memberi latihan dalam kemahiran penyediaan makanan, teknik masakan, kawalan kebersihan, keselamatan dapur dan pengurusan asas dapur. Pelajar belajar memasak pelbagai hidangan, menyedia bahan, menghias makanan serta mematuhi standard kebersihan makanan. Program ini melahirkan tukang masak yang mahir, kreatif dan profesional untuk industri makanan dan perhotelan.

Pendaftaran: 11 Apr 2026

ELEKTRIK
16 BULAN Kuota: 10 SEPENUH MASA

Program Elektrik memberi fokus kepada kemahiran memasang, menyelenggara dan membaiki sistem pendawaian serta peralatan elektrik. Pelajar akan belajar asas litar elektrik, pendawaian domestik, penggunaan alat pengujian, pematuhan keselamatan dan standard kerja. Program ini melahirkan tenaga mahir yang mampu melakukan kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik dengan selamat dan betul.

Galeri Fasiliti

Tiada gambar fasiliti dipaparkan.