Lot 25 Jalan Kaunselor, College Heights Garden Resort, 71700 Mantin, Negeri Sembilan
Unifield International College (UIC) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai program akademik dan kemahiran bagi melahirkan graduan yang profesional dan berdaya saing. Bagi meningkatkan kualiti pendidikan, UIC turut menjalinkan Program Kerjasama Diploma dengan beberapa universiti tempatan seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UITM). Melalui program kerjasama ini, pelajar berpeluang mengikuti pengajian diploma dengan pendidikan yang lebih berkualiti, pendedahan akademik yang luas serta pembelajaran yang relevan dengan keperluan industri semasa.
Program Diploma Syariah Islamiah memberi pengetahuan tentang hukum-hukum Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Kursus ini merangkumi bidang seperti fiqh, akidah, ibadah, muamalat serta undang-undang Islam bagi melahirkan pelajar yang memahami dan mampu mengamalkan syariah dalam kehidupan serta kerjaya.
Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak memberi pengetahuan dan kemahiran dalam perkembangan serta pendidikan kanak-kanak dari usia awal. Kursus ini merangkumi aspek penjagaan, psikologi kanak-kanak, kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran untuk melatih pelajar menjadi pendidik atau penjaga kanak-kanak yang profesional.