NOBLE SCHOOL ENGINEERING
TVET

NOBLE SCHOOL ENGINEERING

36 Mb2, Kampus Kejuruteraan Noble Taman Medan Bersatu 34000 Taiping, Perak

3 Kursus
3 Galeri
Senarai Pusat Bertauliah

Mengenai Pusat Bertauliah

Noble TVET adalah merupakan kumpulan dua (2) ILKS yang telah disatukan bagi mewujudkan satu reformasi latihan berkonsepkan Industri untuk mempertingkatkan jumlah tenaga kerja terlatih di dalam IKS tempatan. Terletak di bandar Taiping – sebuah Bandar Warisan tinggalan 33 sejarah awal pembangunan Tanah Melayu sejak tahun 1800 yang dikenali sebagai ‘The Rain Town of Malaysia’ dan merupakan pemenang tempat Ke-3 Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia Di International Tourismus-Borse (ITB) Berlin, Germany 2018. Dan pada 16 Disember 2022 Taiping sekali lagi telah menerima Anugerah Destinasi Rekreasi Terbaik Industri Pelancongan Malaysia 2022 (Malaysia Tourism Industry Award 2022).

Senarai Kursus Ditawarkan 3 kursus

AUTOMOTIF
17 BULAN Kuota: 10 SEPENUH MASA

Program ini memfokuskan kepada kemahiran asas automotif seperti servis dan baiki kenderaan. Pelajar belajar penyelenggaraan enjin, sistem brek, suspensi, elektrik asas dan keselamatan bengkel. Matlamatnya melahirkan individu yang mahir melakukan kerja servis asas, pemeriksaan dan pembaikan kenderaan ringan.

PROSES KIMPALAN ARKA KEPINGAN LOGAM
18 BULAN Kuota: 10 SEPENUH MASA

Program Kimpalan melatih pelajar dalam teknik mengimpal struktur logam menggunakan kaedah seperti SMAW, GTAW dan GMAW. Pelajar belajar membaca lukisan teknikal, menyediakan bahan, mengawal mesin kimpal serta mengutamakan keselamatan bengkel. Program ini melahirkan tenaga mahir yang mampu melakukan kerja fabrikasi dan penyambungan logam mengikut standard industri.

Pendaftaran: 19 May 2026

PERKHIDMATAN AUTOMASI INDUSTRI
6 BULAN Kuota: 10 SEPENUH MASA

Program Automasi memberi fokus kepada penggunaan sistem kawalan, sensor, PLC, robotik dan mesin automatik dalam industri. Pelajar belajar memasang, menguji, menyelenggara dan menambah baik sistem automasi bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran. Program ini melahirkan tenaga mahir yang mampu mengendalikan peralatan automasi moden dengan selamat dan profesional.

Galeri Fasiliti