WORKERS INSTITUTE TECHNOLOGY
TVET

WORKERS INSTITUTE TECHNOLOGY

Jalan Banting, Off Jalan Pandamaran, 42000 Port Klang, Selangor, Malaysia.

5 Kursus
8 Galeri
Senarai Pusat Bertauliah

Mengenai Pusat Bertauliah

Kolej WIT sebelum ini dikenali sebagai Workers Institute of Technology, kolej kejuruteraan dan latihan teknikal berasaskan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Objektif utama WIT adalah untuk menyediakan pengajian kejuruteraan, latihan vokasional dan kemahiran teknikal yang akan membolehkan pelajar untuk maju dalam kehidupan dan membantu usaha kerajaan Malaysia dalam mencapai matlamat tinggi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. WIT merupakan ilham dua orang sahabat setia, Dr. V. David dan Tan Sri Zainal Rampak, daripada Kesatuan Pekerja Pengangkutan Malaysia (TWU) yang dibina pada tahun 1977 di atas 10.4 ekar tanah yang terletak di Kawasan Industri Pandamaran (Pandamaran, Klang Selangor) diatas sebidang tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah kepimpinan Allahyarham Dato' Seri Harun bin Haji Idris, Menteri Besar Selangor pada waktu itu dengan premium yang paling rendah, dikelilingi oleh perumahan, lebuh raya, pembangunan moden, kawasan perindustrian bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi latihan teknikal untuk lepasan sekolah & komuniti korporat.

Senarai Kursus Ditawarkan 5 kursus

KIMPALAN
18 BULAN Kuota: 10 SEPENUH MASA

Program ini memberikan kemahiran lanjutan dalam kimpalan arka logam menggunakan teknik shielded metal arc welding (SMAW). Pelajar akan mempelajari cara menyediakan bahan dan peralatan kimpalan, melaksanakan kimpalan pada pelbagai posisi dan jenis sambungan, mematuhi prosedur keselamatan industri, serta melakukan pemeriksaan dan penilaian kualiti hasil kimpalan.

Pendaftaran: 19 May 2026

AUTOMOTIF
12 BULAN / 12 BULAN / 15 BULAN Kuota: 10 SEPENUH MASA

Program ini memfokuskan kepada kemahiran asas automotif seperti servis dan baiki kenderaan. Pelajar belajar penyelenggaraan enjin, sistem brek, suspensi, elektrik asas dan keselamatan bengkel. Matlamatnya melahirkan individu yang mahir melakukan kerja servis asas, pemeriksaan dan pembaikan kenderaan ringan.

ELEKTRIK
12 BULAN / 12 BULAN / 18 BULAN Kuota: 10 SEPENUH MASA

Program Elektrik memberi fokus kepada kemahiran memasang, menyelenggara dan membaiki sistem pendawaian serta peralatan elektrik. Pelajar akan belajar asas litar elektrik, pendawaian domestik, penggunaan alat pengujian, pematuhan keselamatan dan standard kerja. Program ini melahirkan tenaga mahir yang mampu melakukan kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik dengan selamat dan betul.

PERKHIDMATAN KECANTIKAN
6 BULAN / 6 BULAN / 12 BULAN Kuota: 10 SEPENUH MASA

Program Kecantikan Estetik memberikan latihan dalam penjagaan kulit, rawatan wajah, asas dermatologi, penggunaan peralatan estetik, teknik spa serta penjagaan diri. Pelajar belajar melakukan rawatan kecantikan dengan kaedah yang selamat, profesional dan mengikut standard industri. Program ini melahirkan tenaga mahir dalam perkhidmatan kecantikan dan estetika moden.

OPERASI SISTEM KOMPUTER
12 BULAN / 21 BULAN Kuota: 10 SEPENUH MASA

Program Sistem Komputer memberi fokus kepada kemahiran asas komputer dan teknologi maklumat, termasuk pemasangan, penyelenggaraan, pengendalian perkakasan, perisian dan rangkaian. Pelajar belajar troubleshoot masalah komputer, pengurusan data, serta memastikan sistem beroperasi dengan cekap dan selamat. Program ini melahirkan tenaga mahir dalam pengurusan dan sokongan sistem komputer.

Galeri Fasiliti